Isnin, 2 September 2013

~serbuk debunga kurma dan clomid cycle kedua~

Baru sahaja tonton video operation masa betulkan Rahim sebab RU + endometriosis dulu…tgk2 gambar…ntah..tiba2 hati tergerak nak tengok…sedih..xsangka air mata boleh menitik…pasai apa??? Sebab sy pon xsangka sebenarnya..sy berani buat keputusan yg sy kira sangat sukar supaya jalani operation tu…keputusan yg kami buat berdua tanpa pngetahuan keluarga terutamanya mak dan ayah..huhuhu..harapan memang mengunung tinggi after tat…ni da dekat 4 bulan lebih slps operate…tp xda tanda2 yg sy preggy...2 hari lepas pergi Econsave…pasaraya baru buka…patut la ramai..hajat di hati nak beli hadiah  kat situ tp ramai sgt xjd…tp sebelum kluar tu ternampak ada satu kedai Arab..kedai ni jual produk2 dr arab…kurma, kekacang, minyak2, pati delima, air zam zam, buah zuriat, serbuk debunga kurma, madu etc…tgk2 harga buah zuriat tu..rm 15 ada 2 biji…sy sebenarnya berkenan dgn serbuk debunga kurma…mungkin  ttcian pon tahu kan,,kegunaan serbuk ni…tp serbuk nya belum smpai da plok…esok baru ada stok debunga tu…yg ada Cuma serbuk debunga dicampur madu..harga rm 40..tp sy xbeli sbb madu da ada kat umah,,,mungkin dtg lagi lain kali…maybe this week nak p beli…hmmm…khasiat debunga ni kalau ada ttcian yg xtau:

  • Untuk merawat ketidaksuburan lelaki dan wanita
  • Menambah hormone lelaki dan menambahkan jumlah sperma serta memekatkan sperma
  • Menguatkan janin spy tidak mudah keguguran
  • Meningkatkan tenaga..

Masyarakat arab campurkan serbuk ni dengan madu dan dimakan secara harian untuk memudahkan hamil dan mendapat zuriat…sy google internet  survey harga, lebih kurang rm38-rm50…botol nya plak xbesar…kecik je…y not kita cuba mkn serbuk debunga ni dgn madu plak kan..


p/s: hari ini da cd27…esok cd 28…lusa tarikh dijangka akan period..munkgin juga esok kalau awal sehari…tanda nak period tu ada…hari ni da terasa mcm darah nak kluar, tp x kluar pon lg..huhu…usaha bulan ni nmpaknya on clomid lg + serbuk debunga kurma bersama madu...

3 ulasan:

  1. Salam... saya pun dulu ber TTCian...Setelah 5 tahun berkahwin, Alhamdulillah sekarang saya dh pregnant 5 bulan.. dulu-dulu pun saya makan buat zuriat, debungan kurma semua tapi semua xde rezeki lagi masa tu...

    For ur info sy dah buat 3 kali IUI, 2 kali IVF.. semua failed... 2 IUI kak klinik swasta n 1 IUI n 2 IVF di Pusat MAC HUKM. Doktor said evrything is fine, cuma ada masalah2 kecil tapi bukan menjadi punca, should be no problem tapi takde rezeki kami lagi.... Last IVF buat Disember 2012 then takde rezeki… redha…

    Start bulan Januari 2013, saya cuba amalkan makanan digalakkan dalam Islam... habbatus sauda sume tu.....So just nak share amalan harian/pemakanan..... Kita semua berusaha, Allah tentukan.... Walaupun apa2 masalah, In Sya Allah, akan ada rezeki....


    Amalan harian

    Istighfar 10x setiap pagi

    Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah 10x setiap pagi

    Selawat 10x setiap pagi

    (Bolehkan amalkan dalam kereta semasa drive, semasa buat kerja)

    Solat Sunat Dhuha setiap hari


    Amalan pemakanan harian :

    SUAMI + ISTERI :

    kurma, badam, buah zaitun

    Susu dan Madu

    Habbatus Sauda (boleh beli yg kapsul di farmasi)

    Vitamin E ( 500 IU) dan Vitamin C (500MG)

    Jus Delima (yang glamer brand Gulshan)

    Susu Alkhisbun

    Cream Lumiglow

    (disapu di sekitar rahim dan atas zakar lelaki (tempat penghasilan sperma))

    Isteri sahaja :

    Asid Folik


    Untuk Susu Alkhisbun n Cream Lumiglow tu, u boleh contact FB ‘ladies houses’ kat situ ada lagi satu tambahan hulba al-khisbun… tp saya tak try pun hulba tu… die satu set dgn susu alkhisbun tu.

    Saya sebelum ni memang makan yang semua tu except susu alkhisbun n cream lumiglow tu.. masa my last period bulan Mac 2013 tu, sy try susu alkhisbun and cream lumiglow tu, Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, sy pregnant....

    Sy bahagi-bahagi, ada yang makan pagi, ada yang makan petang... so terpulang pada.. sbb taknak sumbat sekaligus waktu pagi kan... macam pagi lepas breakfast di ofis makan vitamin, habbatus sauda etc.... setiap kali waktu breakfast akan minum susu + madu... memang tak minum kopi ke, teh ke etc..

    tghari sambil2 buat kerja tu, amik kurma, badam.. n bila malam kt rumah minum jus delima, susu alkhisbun semua tu.

    (kalau u ada gastrik, amik vitamin C yang Acid Free... kalau takde gastrik, boleh amik Vitamin C biasa)

    Actually my hasben taknak mkn sgt pun, bg die jus delima, vitamin E je... (sbb bersuap baru nak makan)....

    (Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk banyak berderma kepada anak yatim/orang miskin/ahli keluarga dan mengeluarkan zakat pendapatan. Walaupun menurut kalkulator zakat kita tidak perlu membayar zakat ke, namun adalah lebih baik ianya dibuat. Apabila kita memberi rezeki kepada orang lain, In Syaa Allah akan membukakan rezeki yang lebih luas untuk kita.)

    Walau apa pun masalah u, ur husband ke... Insya Allah ada ubatnya... Macam Habbatus Sauda kan nabi kata boleh mengubati segala penyakit jika dijadikan amalan kecuali mati.... Susu Alkhisbun pun die amik rempah dari arab... Yang sy baca elok untuk meningkatkan kesuburan...

    Klu kita dh usaha, masih belum ada rezeki, anggap apa yg kita makan adalah untuk kesihatan tubuh kita.. mcm habbatus sauda, kurma, jus delima, madu, susu semua tu Nabi dah cakap untuk kesihatan kita kan.... jadikan amalan harian kita untuk kesihatan :)





















    ");

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalammualaikum mira...Alhamdulillah..tahniah ea..dah mcm2 usaha n pastinya berhabis duit kan yg mira buat...btw thanks a lot sbb sharing da experience...sgt2 membantu..InsyaAllah sy akan cuba utk istiqamah amalkan apa yg mira buat...solat dhuha, vitamin, suplement sy dan suami pon dah ambil...mcm2...cuma belum lg buat ivf...iui pernah buat sekali tapi gagal...sy doakan awak n baby sihat dan selamat smpai melahirkan...^^ tahniah ea...doakan utk sy pula ea..^^

      Padam
  2. Salam..seronoknya baca cerita mira tu..sgt memberi inspirasi&smangat..sy br gagal ivf yg pertama dh rasa sgt down..skrg br nk bljar disiplin mkn makanan2 sunnah ni

    BalasPadam

Pengikut