Isnin, 13 Oktober 2014

period ting tong lps ivf

ASsalammualaikum w.b.t
rakan2 maklum yg ivf saya nampaknya gagal..yes..ini ivf pertama kami dan nampaknya masih belum ada rezeki...selepas ivf failed,,13hb 9 period berketul2 keluar dan darah mmg bnyk..heavy flow 4 hari.sehari 3 kali juga tukar pad...tempoh peyed pon pnjang 7 hari juga baru bersih..tapi period sy dah jd haywire nampaknya skrg...start 1hb 10 bersamaan cd 18, keluar brown spot dan lendir..xbanyak cuma 3, 4 titik je..berterusan dan keluar on off on off sampai ke hari ini (13hb) brown spot masih lg keluar..sepatutnya kalau ikut kiraan normal 28- 30 hari, sy sepatutnya period 11hb 10, tapi fresh blood xkekuar juga..masih lagi brown spot...breast dan pinggang mmg sakit..tanda2 nak period tu 100% ada, tapi xjugak kluar darah...kenapa ye jadi macamni?? Ada sesiapa yg pernah alami masalah mcmni x??,

Sekian, wassalam

Rabu, 1 Oktober 2014

~ivf saya gagal!!!

Assalammualaikum..selamat malam...

short entry......

buat rakan2 blogger dan rakan2 silent reader yg tertanya2 mcmana result IVF saya..

keputusannya


NEGATIF ....

sedih??? of kos...yes i'm..

give up? me? kadang2 rasa give up juga...but my hubby...yes he is..very2 painful and dissapointed....he's give up...

terima kasih yg sudi email bertanya dan berkongsi pengalaman...

tp selepas ni email kat add ni ye.nolifruits@gmail.com


sekian...


Khamis, 28 Ogos 2014

~OPU 25hb 8, 2014

Assalammualaikum...
Alhamdulillah...sy dah selamat  buat OPU pada 25hb 8, 2014 pukul 1030 pagi..dari muar gerak pukul 3 pagi..slow2 bawa kereta, sampai senawang berhenti jap..suami tidur..pastu gerak dan smpai di phkl pukul 6 pagi...terus lepak di surau..solat dan sempat baca yassin sekejap..pastu pkl 730 pagi admit ward...dr suh sy admit..bukan daycare...sbb takut anything happen nak balik jauh pastu dr suh admit sehari...prosedur OPU pukul 1030..sekejap je xlama..pukul 1115 mcmtu dah siap..mamai je rasa lepas opu..perut masa ni xrasa sakit..xkembung..cuma tekak sakit dan muntah2 masa tu...pukul 6pm baru dapat makan cket...pukul 530 ptg tu dr A ada jenguk2 kat wad.dr bgtau ada 7 telur yg dpt diambil..syukur Alhamdulillah..dr suh datang klinik esoknya nak bgtau pasal ubat seterusnya n et bila...malam tu tidur dgn lena..tp pagi esoknya pas sarapan muntah balik...loya tekak..then rasa ok pas muntah..pukul 12 tgahari discaj..terus ke klinik..xtunggu lama 1230 dah masuk jumpa dr...dr buat tvs...sebenarnya ada bnyak telur tapi bnyak yg belum matang..dr call embriologist dan maklumdaripada 7 yg diambil cuma 4 yg matang...yg 3 lagi x...pon sy masih bersyukur sangat sekurang2nya masih ada harapan utk berdoa telur jadi blastocyst pada hari Et nanti...dr senaraikan ubat2 yg kena beli..bnyak juga yer...total kos utk ubat je masa tu dah rm600++ , kos opu termasuk nursing dan ward rm 10,100..so total kos hartu ialah rm10,700...fiuhhhhhhhh..lap peluh kat dahi hokey...Then terus balik Muar...sampai pukul 3 petang..ET dijangka hari sabtu..oleh sebab lama sngat nak stay check in hotel kat kl ni, kami decide balik muar je..boleh saving cket...

hari selasa malam barulah perut rasa bloated, tekak masih sakit dan pinggang belah kiri sakit sangat..nak jalan sakit, duduk pon sakit..terpaksa la baring je..tidur manjang....sampai la ke hari ini, perut masih bloated, pinggang on off sakit..pening kepala sbb bnyk tidur kot...

sekarang ni cuma ikut apa yg dr suruh buat...update kat dia setiap hari berat badan, ukur lilit pinggang, minum air brpa liter dan berapa liter yg keluar..vomit atau tidak..setakat hari ini tiada masalah..Alhamdulillah xdemam...InshaAllah harap2 sihat la nanti masa nak ET hari sabtu ni 30hb8..

sekian,,wassalam

Sabtu, 23 Ogos 2014

temujanji ivf (19.8 dan 22.8)

Assalammualaikum...

Scan pd 19.8.2014 bersamaan dengan stimulation day 5
Ada 9 biji telur kesemuanya. 4 biji belah kiri dan 5 biji belah kanan. Saiz telur masa ni ada yg 15mm, 13mm, 10mm…endometrium lining 4.75mm…masa ni dr suruh tambah ubat pergoveris lagi 2 kotak..lepas appoinmnt cepat2 ke lppkn amik ubat pergo…kuar lagi duit rm700…

Untuk rekod:
  1. Bermula 20.8.2014 (s6) teruskan cucuk pergo 2 kotak waktu pagi, dan malamnya antara pkl 10-11 malam cucuk orgalutron sampai 23.8.2014.
  2. Datang semula utk scan pada 22.8.2014


Appoinment pd 22.8.2014 bersamaan dgn stimulation day 8
Ada 9 biji telur. 4 biji belah kiri, 5 biji kanan. Saiz telur masa ni dah 19mm (1), 17mm(1), 15mm(2), selebihnya dalam 10mm-13mm. endometrium lining 7.5mm. mungkin sebab dr xpuas hati dgn saiz telur, asalnya dia nak tambah lagi 2 kotak pergo dan 2 kotak orgalutron.. fikir2 balik..xpayah tambah pulak (sweet je time dr fikir) macam cakap sorang2..aku nak mencelah kang kacau pulak dia nak fikir.hahaha…dgn harapan saiz telur tu akan bertmbah pd hari isnin ni nanti. Berdoa banyak2 ye…

Lepas jumpa dr, pergi buat blood test hepatitis B dan Hiv utk suami dan isteri. Dr prescribe ubat fermosten 1 kotak dan dulcolax 2 biji.

Untuk rekod:
  1. Bermula 23.8.2014 ambil suntikan orgalutron waktu pagi pkl 9.30 dan suntikan suprefact (0.5ml je) pukul 10.30 malam. Baki suprefact simpan dalam fridge..23.8 tu sekolah ganti. Ada sukan pulak tu…sebab xberani cucuk sendiri, suami datang sekolah..kiteorg cucuk kat surau..lari kejap dari padang ke surau..pas cucuk baring kejap..baru baring 10 minit, ada call suruh pergi padang…memang sadis betul masa tu...
  2. Pada 24.8.2014 pukul 6 petang ambil dulcolax 2 tablets (nak bagi senang membuang), pukul 6 petang ke atas minum air jernih (air masak, ribena, sirap) n no more solid food. Start puasa pkl 12 tgh malam sampai prosedur OPU habis…
  3. OPU ditetapkan pada 25.8.2014 pukul 930 pagi. Kena masuk wad awal pkl 7 pagi. Kena bawa juga ovidrel dan alohol swab dalam cold container

Kos ivf setakat ni rm 8359.00
Kos OPU nanti rm9349.00
Kos ET rm 1550
Ni xtermasuk kos nursing n warded hospital ye

Lepas siap buat blood test semua terus rush balik ke muar…salah seorang sahabat kami Allahyarham Mohd Ali Bin Md Salim mangsa nahas MH17. Ali sahabat suami masa di Maahad Muar tingkatan 4 dan 5…sama2 jadi pengawas…Ali juga senior saya masa kat sekolah rendah SK Pekan Pagoh..wedding day kami pon dia turun dari Amsterderm…Dengar radio sayu je.sebak…menitik juga air mata…Alhamdulillah sampai rumah pkl 1230 tghri…Jenazah dah sampai. Suami pergi solat jumaat dan dpt juga solat jenazah utk arwah. Mengiringi jenazah ke rumah dan ke tanah perkuburan Kampung Raja..Saya xdpt nak ikut sbb ramai sgt org dan letih yg amat masa tu…tengok kat tv je…tahan2 xmo bagi sedih…xmo bg air mata keluar…tp xmampu nak tahan..menangis juga…


Kepada sahabat..Allahyarham Mohd Ali B. Md Salim, kami mendoakan kesejahteraan dan semoga Allah tempatkan Kau bersama2 dengan org yang soleh. InshaAllah, Kau pergi sebagai syahid kerana perjuanganmu menuntut ilmu jauhnya beribu2 batu..Al fatihah..

wassalam.

Rabu, 13 Ogos 2014

temujanji IVF 12/8/2014

Assalammualaikum...Alhamdulillah..berada di bulan IVF...

pada 12/8/2014 ada appoinmt doc. sepatutnya appoinmnt pada 15hb tapi memandangkan cik p datang awal 2 hari (9hb), mesej doc dan dia suruh datang 12hb pagi. macam biasa doc buat Tvs. dan untuk rekod hari tu:
  1. makan pil progynova sampai 13hb pagi sahaja. lepas tu dah tak perlu makan lagi.
  2. start stimulation pada 15hb 8. cucuk progyveris 2 kotak sehari pada pukul 6-8 pagi...sy nak cucuk pukul 6.15...senang kan solat subuh terus cucuk. takut tertido plak...
  3. next appoinmnt pada 19hb 8
  4. rush ke lppkn beli ubat. harga ubat ialah RM 6595.00...kalau ada pertambahan ubat progyveris 4 kotak selepas app 19hb tu, maka bertambah la lagi ongkosnya.. 4 kotak x RM350 = rm1400
  5. teruskan makan vitamin D, multivitamin dan asid folik...dan doc ingatkan jangan ambil suplement lain yang dia tak suruh...ok baikkkk...sy yg menurut perintah..

ya Allah...permudahkan lah ya Allah urusan kami sepanjang bulan IVF ini.

Selasa, 5 Ogos 2014

~IVF bulan ini...

Assalamualaikum...selamat hari raya semua...

Berdebar rasanya utk hadapi hari-hari yang mendatang…setiap hari tgk kalendar, buat kira2 sendiri dah macam doktor lagaknya sejak kami decide nak buat IVF bulan ni…InshaAllah.
Hari ini mc lagi..lagi-lagi mc..xpasti perjumpaan ni utk apa sebenarnya..macam biasa dr buat tvs dan harini dr xda prescribe ubat..Cuma Dr bagi list ubat yg perlu dibeli. Actly appoinmnt sebelum ni lagi (pd 25hb 7) dr dah bagi list ubat tu, tapi hari ni dia bg lagi….haha…dr mood raya lagik ni…macam xsedia nak p kerja…

harini juga hubby buat sperm test..xpasti resultnya mcmna sebab dia br baik demam..demamnya plak on off on off…Alhamdulillah harini nmpak sihat cket dan dpt keluarkan sperm walaupun mcm cket..mungkin juga sebab dia penat, drive dari Muar, pukul 4.30 pagi dah gerak…mengantuk dan stress nak kluarkan sperm..haha..depan dr A boleh plak dia tertidur…xleh nak cover betul la…

jadi untuk rekod:
  1. Teruskan makan ubat progynova 2 biji sehari, makan waktu pagi dan malam (12jam-12jam) hingga 15hb 8, 2014
  2. Habiskan antibiotik, 3 biji sehari (8jam-8jam-8jam)
  3. Teruskan juga makan multivitamin, asid folic, dan vitamin D setiap hari (sangat penting)
  4. Mesej Dr pada hari pertama period (dijangka pd 12 @ 13 @ 14hb, 8)
  5. Next appoinmnt pd 15hb, 8 waktu pagi. Mungkin lepas appoinmnt ni terus g beli ubat.
  6. OPU dijangka pd 27hb, 8 dan ET pula 5 hari selepas itu (ni kalau xda apa2 masalah dan jika xda tambahan ubat, kalau perlu tambahan ubat, OPU n ET akan dianjak)
  7. Dr akan bagi cuti bermula sehari sebelum OPU sehingga ET dan terus cuti selama 3 minggu. (sambung cuti lagi sebab cuti sekolah pd 12hb 9, 2014)…kemungkinan besar akan warded selepas OPU)
  8. conclusion...period 12hb 8, OPU 27hb 8, ET 1/9

Alhamdulillah…mak ayah, dan mertua sudah diberitahu tentang rancangan kami nak buat IVF ni..mereka mendoakan dan sokong apa yg kami usahakan…mak dan ayah sy sanggup tolong dahulukan $$$ memandangkan kami kekurangan duit utk tampung perbelanjaan Kos IVF yg sedia maklum sangatlah mahal..duit simpanan kami pon dah habis utk laparoscopic bulan 6 haritu (rm15k)…nak kumpul duit rm 18k dalam tempoh sebulan mustahil sangat...memikirkan xnak tangguh2 dan lebih elok rasanya lepas laps terus buat IVF nak bg % berjaya tu tinggi (inshaAllah dengan izin-Nya) kami teruskan IVF bulan 8 ni…

respon mak mertua pula lain…selalunya mak n ayah mertua berpuasa…pada hari OPU dan ET nanti sy yakin mereka akan berpuasa, sembahyang malam, berdoa utk kami…sanggup jaga saya slps ET kat umah, jaga makan minum di rumah kami...MasyaAllah…terharu bila sy dengar semua ni…betapa mereka sayangkan saya dan mahukan IVF ni berjalan lancar dan berjaya…

pada awalnya kami nak tangguh dulu dan buat IVF pada bulan 11…sekurang2nya dapat kumpul duit lebih cket, kerja kat sekolah pon banyak, bulan 8 sampai bln 11 sebelum cuti sekolah sibuk dengan peperiksaan, turun naik tangga sekolah dan nak mengajar nti takut bg kesan lps IVF…TAPI…fikir-fikir balik, kami tekad juga nak buat bulan ini…bukannya xsabar…bukannya gopoh…tapi saya xnak sia-siakan masa yg ada dengan tidak usaha..sy xnak hipokrit dengan diri sendiri…orang kata untunglah xda anak, senang nak berjalan ke sana sini, xyah pening2 kepala nak uruskan anak..atau balik kerja  n cuti boleh rehat puas2…TIDAK…sy xnak hipokrit..sy jeles sebenarnya tgk orang lain sibuk dan penat uruskan anak2…seronok layan anak, kalau penat kerja, balik rumah ada anak sy akan rasa puas dan seronok…rasa kosong dan sunyi rumah tanpa kehadiran anak…

Rabbi yassir wala tu assir, 
Rabbi tammim bil khoir"
Ya Allah permudahkanlah segala urusan, 
janganlah engkau persulitkannya. 
Sempurnakanlah dengan kebaikan~ Amin

sekian...wassalam



Sabtu, 5 Julai 2014

popia nestum ho ho horlicks vs popia goreng home made by Noli's ^^

Assalammualaikum...salam Ramadhan semua..
hari ni cuti2 terakhir, esok dah mula kerja :(  ,,, rajin pula ke dapur :)
semalam makan popia beli d bazar Ramadhan...tapi inti nya sangat mengecewakan, kosong....kulit popia je tebal...so, makan xnikmat..maka hari ini buat popia.intinya boleh sesuka hati nak buh brapa bnyk.
puas hati !!!...dan kulit popia nmpaknya bnyk yg lebih...so jadilah pula popia nestum horlicks...layan gambar je lah ye...jgn kecur udah ler...^^

tu dia proses nak buatnya...gulung kulit popia, potong serong about 2cm, kemudian goreng...akhir sekali tabur nestum, horlicks n gula yg dah dikisar kering...nuym nyum nyummm..

hasilnya.....
dapatlah sebekas popia nestum ho ho horlicks ni...

kemudian...buat plak popia goreng ....

ini dia inti popia sy...sengkuang, lobak merah, ayam cincang, daun bawang dan daun sup...mada hitam cket je, lada sulah cket..garam n gula secukup rasa...


dan hasilnya.....

yummy...seriusss puas hati!!!


selamat berbuka puasa..

Rabu, 2 Julai 2014

sejarah ~ mengandung kembar!!!


Assalammualaikum..siapa yg mengandung kembar ni? ^^ inshaAllah ada rezeki saya nanti...actly yg mengandung kembar ni kakak sy...dan boleh dikatakan keluarga kami baik belah mak atau ayah xda sejarah anak kembar...itu pon dia sendiri xtau yg dia mengandung kembar rupanya..kandungan dah cecah 3 bulan baru tau..kisahnya last week, pergi check up mcm biasa tp doktor pelik sebab ukur lilit perut lebih plak daripada umur hamil..perut besar 2 kali gnda..berat badan pon naik cepat...then doktor scan..terkejut kakak bila doktor kata ada 2 org rupanya...Alhamdulillah...

bila fikir2 dan ingat2 balik macamna akak boleh mngandung kembar??? 
rupanya...abang ipar saya tu kembar cuma kembar tak seiras...fiuhhhh...memang la ada chances nak dpt anak kembar ye dak..

syukur Alhamdulillah...

xlama lagi keluarga kami akan dpt 4 org baby baru...kakak sy dan 2 org kakak ipar pon tga mengandung..kalau bersalin sebaya lah semua tu...coming soon kakak dah 4 org anak, abang ngah pon 4 org, yg lg sorang kakak dah 2 org...saya?? bukan xda...inshaAllah...sy percaya rezeki Allah..ada nanti..


***semoga Allah pelihara kandungan kakak dan kakak2 ipar saya sehingga melahirkan..mudah2an ada rezeki saya pula selepas ni..Amin~~

Ahad, 22 Jun 2014

IVF selepas raya..InshaAllah

Assalammualaikum..Alhamdulillah sudah beransur sihat. Sudah boleh memasak. Sudah boleh berjalan2…tapi semuanya kena cover2 dan masih lagi ‘berpantang makan’ untuk persediaan IVF nanti. Pada 20hb jumpa semula dgn Dr..cek luka dan Dr buang benang kat area pusat tu..ngilu cket masa dia tarik benang. Dr kata both my tiub tersumbat dan bnyk lekatan..even Dr dah cuba flush bnyak kali, masih juga xboleh terbuka…Dr bnyak bercerita tntg my tiub..yg lain2 macam endometriosis dr dah clearkan, Rahim RU? Yes..nmpaknya Rahim saya RU semula dan dr xda buat apa2 pon..tu bukan masalah utama…oleh kerana tiub sgt bermasalah dan chances utk mengandung secara natural tu memang la sangat2 rendah..maka Dr suggest buat IVF…mulanya dr nak bg lucrin selama 3 cycle..tp sy xnak dan kalau boleh nak teruskan IVF secepat mungkin…maka pada 25/7/2014 dah start dtg appoinmt utk ambil ubat makan which is tat day bersamaan dengan 28 Ramadhan hokey..then proses seterusnya tunggu period dtg dan kemungkinan besar FET nti pada 25, 26 atau 27/8 inshaAllah..ni semua berdasarkan andaian yg dibuat kalau period sy jatuh pd tarikh seperti yg dikira 28 hari…

Kos IVF pula nanti dr anggarkan sebnyak rm 18,000…mahal cket daripada org lain rm 2000..kerana saya perlukan ubat 2 kali ganda drpd org lain…dan IVF ni under pakej lagi iaitu bermula rm 10, 899+++ berbanding rm 13,000+++ kalau xda promosi..Allahuakbar…Allahuakbar…saya xsangka perlu menjalani prosedur IVF ini juga akhirnya…selama ni dengar dan baca pengalaman drpd kawan2 je…keluarga MIL masih xtau lg tentang perkara ni..inshaAllah akan diberitahu waktu terdekat..bagi belah keluarga sy pula semua dah tau..jadi perjumpaan seterusnya pada 25/7…..

Dan…….

Ada yang bertanya kepada saya…memandangkan saya pernah menjalani rawatan dgn Dr Hamid Arhat dan Dr Adilah Ahmat…siapa yang paling bagus, nak pilih siapa ye?
Bagi saya kedua2 Dr ni sangat bagus…ada orang yang berjaya dgn cara DR H, dan ada orang yang conceive dengan cara Dr A..Cuma mereka ada cara yang berbeza dan saya yakin mereka memang pakar…Cara Dr Adilah nampak lebih sistematik dan teliti bermula dari A hinggalah ke Z.. memang bnyk berhabis duit dan masa tapi berpuas hati dgn ujian dan test yg dilakukan… cara Dr H pula dia terus jump to B terus. Xda ujian2 darah tu semua, dia terus proceed dgn laps kalau RU or ada cyst fibroid pcos endo..…jadi terpulang kepada anda nak pilih yang mana…dua2 bagus Cuma cara berbeza!!!

Jadi..........

Sama2 kita mendoakan Dr Hamid, Dr Adilah dan mana2 Dr pakar sakit puan yg kita rujuk utk buat rawatan ni diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang maha luas untuk bantu golongan ttc mcm kita semua ni…InshaAllah…dengan izinMu ya Allah, melalui kepakaran Dr…kami semua TTC dapat rezeki anak yg soleh dan solehah..Amin….

sekian......


Khamis, 19 Jun 2014

laparoscopy #2 hysteroscopy

Alhamdulillah..dah selesai laps..sekarang cuti sakit sampai 4/7...luka pon dah kering..nampaknya laps kali ni kurang sakitnya xmacam laps tahun lepas. Alhamdulillah. ingatkan dapat mc 2 minggu je ke tp sebulan gak..sebab luka dalaman teruk juga kata dr...apa pun next appoinment br nak tanya details tntg laps hrtu dan rawatan seterusnya. cuma baru2 ni nurse call, bgtau blood test result vitamin D rendah...kena makan suplimen yg dr bagi nanti...:(

kad dari suami sebelum betul2 saya nak ditolak ke OT..Touching :(

ni bilik single. harga $$$ 238/day..takpe mahal cket..senang suami boleh temankan sepanjang hari. so far keadaan bilik ok. ada kerusi panjang utk suami nak tido..cuma minta extra selimut je..

ni lepas laps..sakit drip masukkan air ni...kalau xsilap 2200 m/l air kena masuk..5 botol air..tu keluar darah sebab saya bangun pergi toilet...

sambung lain kali...sekiannnnnn.................

Ahad, 8 Jun 2014

admit wad dah...nervous..

Alhamdulillah..sy dah admit wad harini 8hb 6, 2014 pada pukul 12 tghari tadi...inshaAllah jika di izinkannya sy akan buat laparoscopy dan hysteroscopy Esok 9hb 6, 2014 pada pukul 11 pagi..mohon doa kawan2 semua semoga urusan tersebut dipermudahkan.Amin..

Ahad, 25 Mei 2014

9hb 6, 2014

Saya dah buat keputusan..dan saya tekad. Sy berharap sangat semoga kputusan yg sy buat ni tepat.wlpun sblm ni sy pernah menjalani laps dgn dr H, hampir setahun buat rawatan dgn dia, beribu juga habis...alih2 dr A sahkan sy retroverted semula..tapi sy xpernah menyesal. Apa yg sy dah buat, semuanya usaha.dan nampaknya Allah masih mahu saya berusaha lagi dan lagi dan lagi.. Sy akan menjalani laparoscopic yg kedua..tp bukan dgn dr H, kali ni dgn dr A.tarikh dah ditetapkan pd 9hb 6 pukul 11 pagi..semoga Allah permudahkan urusan kami nanti.

Ahad, 11 Mei 2014

mungkinkah laparoscopic lagi?? sanggupkah aku?

Assalammualaikum..hi semua..lama menyepi..agak sibuk cket dengan kerja.tapi sibuk mcmna pon, dapat juga berjumpa dgn dr A..dah 4 kali berjumpa, cukup utk 1 cycle period..bermula dr cd 2 period, kemudian cd10 dtg lagi, lepas tu cd 14 n akhir sekali cd24...dr ada bg clomid n hasilnya tetap -ve...dinding rahim juga menebal cket je..dari 2cm ke 5cm je wlpun dah diberi ubat utk tebalkan dinding rahim...hmm..and guest what...dr A cadangkan buat laparoscopic again!!! Utk tgk punca kenpa dinding rahim nipis..kemungkinan besar kesan dari laps prtma dgn dr hamid dl, dr hamid mungkin laser endo terlalu dalam..masa tu da rasa down..dr A kata xleh nak proceed ivf selagi dinding rahim nipis..n cost dalam 12k-15k...ya Allah..simpanan ada la dlm 20k...ingatkan leh buat ivf terus..rupanya tidak...skrg tga berusaha nak kumpul duit...duit utk laps dah ada tapi tidak utk ivf..skrg ni tga berjimat..org lain seronok je kan, tiap kali cuti sekolah n setiap kali dpt gaji melancong sana sini..tp tidak saya....huhuhu..tabahlah duhai hati..dan kesakitan masa laps dulu terkenang kembali..sanggupkah aku hadapinya sekali lagi?

Rabu, 9 April 2014

temujanji kedua: Dr Adilah Ahmat

tak tau nak mulakan dari mana sebab terlalu bnyak yg ingin diceritakan...hasil keputusan ujian darah c a125, Hsg dan jumlah telur yg dihasilkan....terlalu bnyak input yg diterima semalam dr Dr...smpai sy sendiri rasa xpercaya dan terkejut...blood test utk AMH xsiap lagi..temujanji ketiga baru dapat kalau dah siap.

pagi2 gerak ke kpj tawakkal n sampai pkl 7.30pagi..g sarapan roti canai n appointment pkl 9.30 pagi.lepas buat hsg, terus rush ke pantai jumpa dr adilah plak..

ujian darah c a 125 =  147.1 , reference range (0.0-35.0) 

kesimpulannya, Dr beritahu 147.1 itu terlalu tinggi kpd sy yg berumur 29 tahun..sepatutnya umur2 mcm sy ni ovary mnghasilkan telur yg bnyk apatah lg diransang dgn clomid

Keputusan HSG:
water soluble contrast introduced into genital tract via vaginal cannulation.
the uterus is well opacified
both fallopian tubes are also opacified
normal perithonial spillage is demonstrated on the left side
no spillage from the right side
delayed film shows loculated pelvic collection with residual contrast within the left tube.

conclusion: right tubal occlusion with pelvic adhesion.

Dr Adilah bgtau, tube kanan sy tersumbat.sekarang ni hanya tube kiri sahaja yg ok..dye juga xkeluar sepenuhnya selepas setenggah jam hsg dilakukan..air dye tu berkumpul di ruang rahim. 

keputusan TVS
hasil TVS menunjukkan ovary kiri ada 4 biji telur (1 yg besar, 1 sederhana, dan 2 lagi kecil), ovary kanan (ada 4biji tapi semuanya kecil) . untuk rekod sy berada dlm cd10 semalam..dr kata telur xbnyk dan yg ada pon kecik2 walaupun dah cd 10
ada gelembung udara di pangkal rahim n dr suspek polyps..ada bnyk ruang udara yg nipis..
endometrium lining sy pon sangat2 nipis iaitu 2 cm sahaja :( ....susah nak lekat sbb nipis sgt..patutlah darah haid sy cket..cd ke 4 dah bersih..

dr kata kalau nak buat iui pon percentage berjaya tu sangat2 rendah sbb telur yg besar cuma ada satu..mungkin IVF cara terbaik..sekarang ni dr nak tgk dulu ketebalan dinding rahim tu selepas diberi ubat femosten..utk rekod dr bg femosten 2/10, guna yg merah sahaja, sehari 4 biji (setiap 6 jam sebiji) dan dimasukkan dalam faraj (huuuu)...bukannya utk di makan..dia ulang lagi bukan utk dimakan tp masuk dalam faraj...dengar arahan betul2...

pengalaman buat hsg pun sakit bila dye dimasukkan..dpt dgn dr Aisyah..agak kasar jugak la dia buat kerja...dia kata serviks saya tinggi..nak masukkan spekulum tu payah cket..tapi servis kat KPJ Tawakkal ni memang tip top!!! Semua nurse peramah n tersenyum je..pakaian diorg pon sopan dan berbaju kurung...


Isnin, 31 Mac 2014

temujanji pertama: dr adilah ahmat

temujanji pertama yg tidak dirancang sebenarnya...pada cd 3 saya call PHKL, bertanya dengan nurse ida untuk set temujanji pada cd 12...alih2 nurse ida suh datang esoknya, cd4, pagi sampai pukul 11am...dr adilah ada, tapi keje sekerat hari je..Alhamdulillah...@ lis dapat jumpa time cuti sekolah..

sampai awal pukul 7.20 pagi..terus ke kaunter tapi xda sape2...haha...xtau nak buat ape...tgk2 kat kaunter ada borang sy isi utk register..tp sy xpula amik nombor giliran...first time..xtau..pukul 7.50 pagi dah mula ada 2,3 orang masuk..then diaorg terus ke kaunter amik nombor..sudahnya saya dpt giliran no.4 walaupun org pertama sampai...

tggu punya tunggu...dekat pkl 10 jugak baru dpt jumpa dr...tanya sejarah rawatan sebelum ni, dan dr buat Tvs...apa yg mengejutkan dr kata rahim saya terkebelakang semula walaupun pernah buat laps betulkan rahim RU dgn Dr Hamid tahun lepas...dr kata mungkin benang yg dijahit antara otot dgn rahim tu terputus tapi...macam mussssstahil...dr da kerut2 dahi...macamna boleh putus...sy dah start cuak da masa tu..sedih pon ada...sebab pernah tnya dr hamid dulu, ada kemungkinan besaar x rahim tu terkebelakang semula, dan dia kata tidak.... T__T last appointment dgn dr hamid sebelum buat iui bulan 12 haritu pon dr xbagitau apa2 tentang keadaan rahim..patutlah sy rasa sengugut tu datang balik...2, 3 bulan selepas laps xsakit bila period datang...tapi selepas tu, sakit yg teramat...nampaknya sangkaan saya betul yg rahim terkebelakang semula..

dr adilah suspek sy ada adenomyosis..keadaan ovary ok cuma nampak kecik...no cyst and fibroid..
dr minta saya buat hsg walaupun dr hamid sahkan tube sy xda masalah masa buat laps dulu..dan 2 ujian darah iaitu AMH dan c a 125...keputusan ujian darah akan tahu pada next appointment..

sy berterima kasih dgn dr adilah sbb dia sendiri call dr Fatimah, KPJ Tawakal utk set kan tarikh buat hsg tu..dengan handset dia sendiri...bila dia tau yg kami dtg dari JB semata2 nak jumpa dia...OMG..touching x..hehe....btw..sy sangat risau dengan keputusan hsg dan ujian darah nanti..dr bagi clomid, makan 2 biji 100 mg sehari bermula cd4 dan antibiotik utk dimakan sebelum buat ujian hsg..dengan ongkosnyaaaa sebanyak RM 820.40...tersedak sekejap tgk bil tu...apa nak buat..nak anak, sanggup ku berhabis wang ringgit segala..

Sabtu, 15 Mac 2014

share pengalaman jumpa dr adilah...

Assalamualaikum...hi semua...
Sy sebenarnya sedang berkira2 dan mrancang untuk berjumpa dgn dr adilah bulan depan....tak tertahan rasanya nak tggu selepas 2 bulan rest tanpa apa2 treatment...cuma amalkan pemakanan sunnah..disebabkan kekangan masa terutamanya suami yg masih belajar, sy pujuk jugak dia utk jumpa doc...tapi kena plan betul2...saya nak tanya kawan2 yg dah buat treatmnt dgn dr adilah..kalau lah kiranya dpt berkongsi pengalaman utk dijadikan rujukan spy sy dpt set kan masa utk berjumpa doc...kat bawah ni persoalan yg perlukan jawapan....

1) pada cd ke berapa jumpa doc? Selalunya cd 2 kan?
2) apa yg doc buat pd temujanji pertama dan berapa kosnya.
3) doc akan suruh datang semula pada cd ke berapa? Untuk apa, means apa yg doc akan buat?

daripada apa yg sy baca melalui blog2, kalau dengan dr adilah, memang kerap kena datang berjumpa dgn dia...cd 2, cd 14, cd 18 kena dtg....3, 4 kali jugak la kan kena datang balik...kalau dgn dr hamid arshat dulu x...tat y senang nak plan dan set masa utk amil cuti...hmmmm...harap kaean2 dpt share yer...jazakallah...wassalam

Isnin, 24 Februari 2014

...hmmm

Assalammualaikum...nite everyone...da dekat sebulan xberblog..n mcm2 cerita yg saya miss...tahniah pd kawan2 yg pregnant...gudluck pd kawan2 yg sedang ber iui n ber ivf....takziah pada kawan2 yg Allah uji, jauh lagi perit dan hebat dugaannya drpd saya yg baru 3 tahun ber ttc...semoga Allah bagi kita semua kekuatan untuk hadapi semua ujian, dugaan yg Allah beri...Alhamdulillah syukur, kita masih punya suami, emak ayah dan keluarga utk berkongsi suka duka..kan?

perjalanan ttc saya? sy n suami terpaksa pospon dulu rawatan...sy dah stop dgn dr Hamid..medical report pon dah dapat..akhir bulan januari call hospital nak jumpa dr Adilah....set appointment, n cd 2 suh datang...but lastly saya xdtg sbb hubby minta tangguh treatment wat sementara...hubby nak fokus n nmpaknya tga struggle habiskan master dia...hmmm...so...mungkin kami berehat dulu, cuba dengan amalan pemakanan sunnah mcm kurma, cuka kurma, pati delima gulsan setiap pagi n malam, air lemon pagi petang malam, minyak kelapa dara..n cuba secara semulajadi untuk tempoh mungkin sepanjang tahun 2014 ni...xpelah...biar suami habiskan study, lepas habis, dah kerja.. kami sambung balik treatment...sekian wassalam :)

Khamis, 9 Januari 2014

~stop dengan Dr Hamid..

Assalammualaikum


Isnin ritu call klinik Dr Hamid nak mintak medical report.
 Penting report ni supaya nanti nak g mana2 gynea lain pasni senang….
maybe ada step yg kita boleh skip…
nurse kata tunggu 2 minggu baru dapat…ok...xpe...sy boleh tunggu asalkan dipos sampai ke rumah...huhu..nak ke sana jauh tu semata2 nak amik Mdcal Report
dan sebenarnya i request the Medical Report coz nak cuba dapatkan 2nd opinion drpd gynea lain plak...
terima kasih kpd ‘silent reader’ yg email dan sudi berkongsi cerita tentang kisah iui dan IVF mereka, sehingga berjaya dapat seorang cahaya mata…
dalam dok bertukar2 cerita tu, sy berminat lah plak nak jumpa dengan Dr Adilah Ahmat…
dan akhirnya lepas bincang dengan hubby, sy call hospital utk set appointment…
bulan ni sy berehat 1 cycle dan akan mulakan pd bulan depan InshaAllah dengan Dr Adilah…
Ya Allah, permudahkanlah...

Pengikut