Selasa, 5 Ogos 2014

~IVF bulan ini...

Assalamualaikum...selamat hari raya semua...

Berdebar rasanya utk hadapi hari-hari yang mendatang…setiap hari tgk kalendar, buat kira2 sendiri dah macam doktor lagaknya sejak kami decide nak buat IVF bulan ni…InshaAllah.
Hari ini mc lagi..lagi-lagi mc..xpasti perjumpaan ni utk apa sebenarnya..macam biasa dr buat tvs dan harini dr xda prescribe ubat..Cuma Dr bagi list ubat yg perlu dibeli. Actly appoinmnt sebelum ni lagi (pd 25hb 7) dr dah bagi list ubat tu, tapi hari ni dia bg lagi….haha…dr mood raya lagik ni…macam xsedia nak p kerja…

harini juga hubby buat sperm test..xpasti resultnya mcmna sebab dia br baik demam..demamnya plak on off on off…Alhamdulillah harini nmpak sihat cket dan dpt keluarkan sperm walaupun mcm cket..mungkin juga sebab dia penat, drive dari Muar, pukul 4.30 pagi dah gerak…mengantuk dan stress nak kluarkan sperm..haha..depan dr A boleh plak dia tertidur…xleh nak cover betul la…

jadi untuk rekod:
  1. Teruskan makan ubat progynova 2 biji sehari, makan waktu pagi dan malam (12jam-12jam) hingga 15hb 8, 2014
  2. Habiskan antibiotik, 3 biji sehari (8jam-8jam-8jam)
  3. Teruskan juga makan multivitamin, asid folic, dan vitamin D setiap hari (sangat penting)
  4. Mesej Dr pada hari pertama period (dijangka pd 12 @ 13 @ 14hb, 8)
  5. Next appoinmnt pd 15hb, 8 waktu pagi. Mungkin lepas appoinmnt ni terus g beli ubat.
  6. OPU dijangka pd 27hb, 8 dan ET pula 5 hari selepas itu (ni kalau xda apa2 masalah dan jika xda tambahan ubat, kalau perlu tambahan ubat, OPU n ET akan dianjak)
  7. Dr akan bagi cuti bermula sehari sebelum OPU sehingga ET dan terus cuti selama 3 minggu. (sambung cuti lagi sebab cuti sekolah pd 12hb 9, 2014)…kemungkinan besar akan warded selepas OPU)
  8. conclusion...period 12hb 8, OPU 27hb 8, ET 1/9

Alhamdulillah…mak ayah, dan mertua sudah diberitahu tentang rancangan kami nak buat IVF ni..mereka mendoakan dan sokong apa yg kami usahakan…mak dan ayah sy sanggup tolong dahulukan $$$ memandangkan kami kekurangan duit utk tampung perbelanjaan Kos IVF yg sedia maklum sangatlah mahal..duit simpanan kami pon dah habis utk laparoscopic bulan 6 haritu (rm15k)…nak kumpul duit rm 18k dalam tempoh sebulan mustahil sangat...memikirkan xnak tangguh2 dan lebih elok rasanya lepas laps terus buat IVF nak bg % berjaya tu tinggi (inshaAllah dengan izin-Nya) kami teruskan IVF bulan 8 ni…

respon mak mertua pula lain…selalunya mak n ayah mertua berpuasa…pada hari OPU dan ET nanti sy yakin mereka akan berpuasa, sembahyang malam, berdoa utk kami…sanggup jaga saya slps ET kat umah, jaga makan minum di rumah kami...MasyaAllah…terharu bila sy dengar semua ni…betapa mereka sayangkan saya dan mahukan IVF ni berjalan lancar dan berjaya…

pada awalnya kami nak tangguh dulu dan buat IVF pada bulan 11…sekurang2nya dapat kumpul duit lebih cket, kerja kat sekolah pon banyak, bulan 8 sampai bln 11 sebelum cuti sekolah sibuk dengan peperiksaan, turun naik tangga sekolah dan nak mengajar nti takut bg kesan lps IVF…TAPI…fikir-fikir balik, kami tekad juga nak buat bulan ini…bukannya xsabar…bukannya gopoh…tapi saya xnak sia-siakan masa yg ada dengan tidak usaha..sy xnak hipokrit dengan diri sendiri…orang kata untunglah xda anak, senang nak berjalan ke sana sini, xyah pening2 kepala nak uruskan anak..atau balik kerja  n cuti boleh rehat puas2…TIDAK…sy xnak hipokrit..sy jeles sebenarnya tgk orang lain sibuk dan penat uruskan anak2…seronok layan anak, kalau penat kerja, balik rumah ada anak sy akan rasa puas dan seronok…rasa kosong dan sunyi rumah tanpa kehadiran anak…

Rabbi yassir wala tu assir, 
Rabbi tammim bil khoir"
Ya Allah permudahkanlah segala urusan, 
janganlah engkau persulitkannya. 
Sempurnakanlah dengan kebaikan~ Amin

sekian...wassalam



10 ulasan:

  1. Assalam Noli...gudluck tuk Ivf nanti..saya pun patient doc A juga...maaf nak tanya dh join group whatsapp PHKL ke?kalo blm join, blh lh join group tu tuk dapatkan info @ share tip for ivf nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam ieda..group whatsapp phkl? yg mana tu ea? kalau group whatsapp patient doc A ada la..apa nama groupnya eh? ^^

      Padam
    2. dh joinlah ek?oklah tu...byk group whatsapp patient doc A.salah satunya yg sy join group ivf Pantai Comey..mana2 pun blh sebnrnya...ramai sgt yg join dlm group jd x kenal sgt tuannya.hihi

      Padam
    3. Hehe...ada 3 group ttc...kalau nak tambah lg satu pon boleh ieda..group2 ni bnyk membantu...dulu xtau apa2 pasal ttc ni ~.~

      Padam
  2. Smg Allah permudahkan buat Noli & Suami....Amin...

    BalasPadam
  3. Fadzi gud luck dear.sama2lah kita teruskan perjuangan.moga Allah memberkati apa yg kita usahakan..Amin .

    BalasPadam
  4. Noli, sama la kite. bulan ni erin pon dah nak start IVF..
    semoga kite sama2 berjaya! chaiyoxx! ;)

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan segalanya buat Noli.,Amin..

    BalasPadam
  6. salam Noli. saya pun excited buat bulan ni dengan doktor yang sama. good luck yer! :)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum ieda, ST, kak lisa, erin, nuriz, pamela..subhanallah..terima kasih..sama2 mendoakan..urusan ivf kita lancar dr mula smpai akhirnya dan sukses...ameen..

    BalasPadam

Pengikut