Isnin, 14 Disember 2015

Temujanji pertama Metro IVF Klang

assalamualaikum..update selepas jumpa dr tee di Hospital Metro Klang pada 25.11.2015... sebenarnya xperlu tunggu lama, orang pon xramai. smpai metro pkl 9 pagi, masa daftar xda orang, tapi kena tunggu sebab dr tee buat fet pagi tu 2 orang. jadi dapat jumpa dr pkl 10.30 pagi. terus terang je dgn dr yang saya nak buat fet, embrio dari phkl, cerita sejarah perubatan, bawa rekod perubatan sebelum ni kat phkl. dr tee kata boleh xda masalah then terus buat pap smear dan scan di bahagian perut. dr kata ada 2 cyst, 1 di kiri dan 1 di kanan tp xbesar ( saiz xingat brpa dr cakap masa tu), kemudian dr tgk bilangan telur ada 7, 5 kiri dan  2 kanan....dr kata wanita umur mcm sy ni (30thn) kalau 5 ke atas bagus la..kalau kurang dr 5 telur tu xnormal katanya...kos yg kena bayar rm290.

lepas jumpa dr tee, sy jumpa pula kaunselor merangkap embriologist, dia la terangkan semua tentang proses fet nti, semua kos yang terlibat, termasuklah cara nak bawa embrio dr phkl akan diuruskan oleh metro...kos? sy ulang semula,,semua sekali termasuk caj transfer embrio, temujanji doktor lpsni, ubat2 dan vitamin ialah RM5500...macamna? apa komen anda tentang kos ni?

kemudian, bila dah setuju nak pindah dr phkl ke metro tu, kena sign pula borang persetujuan...borang ni kat metro kena sign, kat phkl pon kena sign...llps bincang itu ini dgn kaunselor (dekat 2 jam juga la) sy terus ke phkl pulak...kat sana jumpa Tham, sy kena sign juga borang persetujuan utk transfer embrio...urusan haritu mudah dan lancar...sebarang urusan lpsni cuma antara metro dan phkl sahaja..urusan sy dah setel, cuma tunggu appoinment yg kedua iaitu pada hari ke 21  (7.12.2015, isnin).

Selasa, 24 November 2015

METRO IVF

Assalamualaikum...update terbaru, esok saya akan ke Metro Ivf utk berjumpa doc Tee...apa motif??? nak bincang pasal fet. sy plan nak buat fet di metro sbb faktor kos. setelah dibuat perbandingan dgn mana2 hospital swasta yg sy google, tanya dan kaji, Metro ni ada murah cket la kosnya. apa yg diberitahu kos fet kat Metro rm 5500 termasuk consult doc, ubat2an sehingga lah blood test pregnancy. tp kos membawa embrio dr PHKL ke metro, tu nanti akan ada caj lain. apa2 pon esok la sy akan kompemkan yg betul2 bila dah jumpa doc...doakan ya kawan2 smoga urusan sy dipermudahkan Allah dan fet kali ni berjaya hingga ke akhirnya. sekian dulu, esok2 sy akan update lg...cepat atau lambat je ya...Assalamualaikum ;))

Sabtu, 26 September 2015

www.ivfbridge.com.my


Assalamualaikum...lama sangat xupdate blog ni...xda yang menarik utk dikongsikan...hari2 yg dilalui sekarang ni sibuk dgn kerja, makan, rehat2, tidur...xkemana2 pon...cuti sekolah pon xkemana..duduk rumah kemas2 rumah...and of kos la sangat bosan sebab xda kawan ;(( sorang2 kat rumah....kalau ada anak 4 sure la layan anak..xda la bosan...kawan2 post mcm2 gambar depa p bercuti berkelah dengan anak2, ke sana sini dgn anak2 n keluarga....aduh......meriahnya...

berbalik pada cerita ttc...sy skrg ni xda buat lagi apa2 treatment..da setahun lebih rehat dari jumpa doktor atau bidan2 nih...ubat2 mmg da x amik...mcmatu juga vitamin...memaang dah x amik langsung...mungkin...sambung balik ttc, nak buat IVF kat JB je, IVF Bridge & Fertility Centre...klinik ni mmg handle kes2 IVF & IUI & ICSI je...dah call klinik tanya serba sedikit tntg pakej ivf kat sini:

kos dan prosedur  ivf: lebih kurang mcm kat hospital n klinik lain..RM 10k-20k kena ada dlm tgn...oleh sbb da lama xbuat treatment, maka kemungkinan besar kena buat balik semua test2 darah yang diperlukan...info lanjut boleh tgk kat web ni www.ivfbridge.com.my ...kalau ada kawan2 yang ada pengalaman buat treatment kat ivf bridge
JB ni boleh bagitau saya ye..terima kasih banyak2.


p/s: gambar kat atas ni gambar kembar kakak sy...dah besar dah...muka mmg kembar seiras..
nak bezakan dua org ni senang je sbb si adik ada tanda kat dahi..
semoga treatment ivf lpsni rezeki sy pulak nak merasa sepasang kembar...Amin 

Ahad, 28 Jun 2015

keluar darah.....haid @ darah penyakit???

Assalamualaikum..

Last period 7/6/2015
Cycle period tetap 28 hari..kadang2 awal atau lambat sehari
Next cycle period sepatutnya 5/7/2015

Tapi.........sebaliknya yg berlaku.....

21/6 keluar darah..kat panties xda..tp bila sy kencing tgk bowl terkejut..warna merah...sy xbgtau suami. Dok diam2....

24/6 keluar balik darah..coklat2 mcm nak hbs period tu..bau nya pulak mcm xda bau darah haid..entah la..masa ni da risau...xbgtau suami..dok diam3...

27/6 keluar lagi darahhhh...bnyk cket berbanding 21 n 24hb tu...coklat2 juga..bau bukan darah haid..xboleh jadik..kena bgtau suami..dia ajak g klinik sy yg xnak..malas la...so tggu je la 5hb 7..dtg ke x haid nti....kalau xdtg mksudnya period sy dtg awal la kot kan..kalau dtg haid, mksudnya darah penyakit.....apa pon sy tetap berpuasa mcm biasa..dah rujuk dgn ustzah..lagipon sy pernah jd mcmni masa lps failed ivf hrtu..3 cycle tunggang langgang..pastu ok balik dah.

....sy x buat apa2 treatment pon.makan ubat pon x. Makan vitamin pon x....xjaga makan ada la..sekarang semua makanan sy sebat...

Alahai..apa lg la masalahnya ni...hmm

Wassalam

Isnin, 15 Jun 2015

plan ivf yg akan datang..

Assalammualaikum...hi semua..lama sungguh x drop entry baru sejak oktober 2014, atau lebih mudah, senyap sunyi sejak gagal ivf....harapan conceive utk prcubaan pertama ivf nampaknya xmembuahkan hasil walaupun gred embrios yg dimasukkan adalah yg terbaik...Allah maha mengetahui s3gala-galanya..memang tersangat kecewa, air mata ni xhenti2 mengalir bila mengenangkan nasib...sampai skrg kalau diingat2kan semula kenangan terpaksa melalui IVF , memang xsangka...xsangka sy ada dan boleh kumpul duit sebnyk itu ( 30k+++) utk ivf...

Sekarang, sy masih berusaha mengumpul duit...kalau diizinkan Allah s.w.t, sy nak beralih arah pula ke metro klang utk ivf. kosnya xlah semahal kos ivf di phkl...kalau fresh ivf rm14800 termasuk ubat2, konsultstion doctor, opu, caj ward sehingga lah hari et, semuanya dah termasuk dlm pakej rm14800 tu....memandangkan sy ada lg 2 embrio yg di freeze di phkl, metro kata bole bawa ke metro kalau nak buat fet...kos fet di metro ialah rm 6500 termasuk ubat2, konsultstion doctor hinggalah et. Harganya pon acceptable la..masih ok lg kalau nak banding dgn phkl..

Sy masih lg merancang2...timbang balik mana yg ok memandangkan duit pon mcm air, cepat je hbs..buat masa skrg sy pilih metro klang utk 2nd ivf ataupun fet..doktornya (dr tee) pon pakar juga .semuanya kalau diizinkan Allah.

Sy nak minta pendapat rakan2 blog yg sudi berkongsi jika ada tempat/hospital lain yg lebih murah kosnya, mungkin sy pertimbangkan juga.

Terima kasih yg mendoakan dan menanti entry terbaru sy ni..lama menyepi sbb agak kecewa dgn kegagalan ivf yg pertama dl...sekian

Pengikut