Isnin, 14 Disember 2015

Temujanji pertama Metro IVF Klang

assalamualaikum..update selepas jumpa dr tee di Hospital Metro Klang pada 25.11.2015... sebenarnya xperlu tunggu lama, orang pon xramai. smpai metro pkl 9 pagi, masa daftar xda orang, tapi kena tunggu sebab dr tee buat fet pagi tu 2 orang. jadi dapat jumpa dr pkl 10.30 pagi. terus terang je dgn dr yang saya nak buat fet, embrio dari phkl, cerita sejarah perubatan, bawa rekod perubatan sebelum ni kat phkl. dr tee kata boleh xda masalah then terus buat pap smear dan scan di bahagian perut. dr kata ada 2 cyst, 1 di kiri dan 1 di kanan tp xbesar ( saiz xingat brpa dr cakap masa tu), kemudian dr tgk bilangan telur ada 7, 5 kiri dan  2 kanan....dr kata wanita umur mcm sy ni (30thn) kalau 5 ke atas bagus la..kalau kurang dr 5 telur tu xnormal katanya...kos yg kena bayar rm290.

lepas jumpa dr tee, sy jumpa pula kaunselor merangkap embriologist, dia la terangkan semua tentang proses fet nti, semua kos yang terlibat, termasuklah cara nak bawa embrio dr phkl akan diuruskan oleh metro...kos? sy ulang semula,,semua sekali termasuk caj transfer embrio, temujanji doktor lpsni, ubat2 dan vitamin ialah RM5500...macamna? apa komen anda tentang kos ni?

kemudian, bila dah setuju nak pindah dr phkl ke metro tu, kena sign pula borang persetujuan...borang ni kat metro kena sign, kat phkl pon kena sign...llps bincang itu ini dgn kaunselor (dekat 2 jam juga la) sy terus ke phkl pulak...kat sana jumpa Tham, sy kena sign juga borang persetujuan utk transfer embrio...urusan haritu mudah dan lancar...sebarang urusan lpsni cuma antara metro dan phkl sahaja..urusan sy dah setel, cuma tunggu appoinment yg kedua iaitu pada hari ke 21  (7.12.2015, isnin).

Pengikut