Sabtu, 23 Ogos 2014

temujanji ivf (19.8 dan 22.8)

Assalammualaikum...

Scan pd 19.8.2014 bersamaan dengan stimulation day 5
Ada 9 biji telur kesemuanya. 4 biji belah kiri dan 5 biji belah kanan. Saiz telur masa ni ada yg 15mm, 13mm, 10mm…endometrium lining 4.75mm…masa ni dr suruh tambah ubat pergoveris lagi 2 kotak..lepas appoinmnt cepat2 ke lppkn amik ubat pergo…kuar lagi duit rm700…

Untuk rekod:
  1. Bermula 20.8.2014 (s6) teruskan cucuk pergo 2 kotak waktu pagi, dan malamnya antara pkl 10-11 malam cucuk orgalutron sampai 23.8.2014.
  2. Datang semula utk scan pada 22.8.2014


Appoinment pd 22.8.2014 bersamaan dgn stimulation day 8
Ada 9 biji telur. 4 biji belah kiri, 5 biji kanan. Saiz telur masa ni dah 19mm (1), 17mm(1), 15mm(2), selebihnya dalam 10mm-13mm. endometrium lining 7.5mm. mungkin sebab dr xpuas hati dgn saiz telur, asalnya dia nak tambah lagi 2 kotak pergo dan 2 kotak orgalutron.. fikir2 balik..xpayah tambah pulak (sweet je time dr fikir) macam cakap sorang2..aku nak mencelah kang kacau pulak dia nak fikir.hahaha…dgn harapan saiz telur tu akan bertmbah pd hari isnin ni nanti. Berdoa banyak2 ye…

Lepas jumpa dr, pergi buat blood test hepatitis B dan Hiv utk suami dan isteri. Dr prescribe ubat fermosten 1 kotak dan dulcolax 2 biji.

Untuk rekod:
  1. Bermula 23.8.2014 ambil suntikan orgalutron waktu pagi pkl 9.30 dan suntikan suprefact (0.5ml je) pukul 10.30 malam. Baki suprefact simpan dalam fridge..23.8 tu sekolah ganti. Ada sukan pulak tu…sebab xberani cucuk sendiri, suami datang sekolah..kiteorg cucuk kat surau..lari kejap dari padang ke surau..pas cucuk baring kejap..baru baring 10 minit, ada call suruh pergi padang…memang sadis betul masa tu...
  2. Pada 24.8.2014 pukul 6 petang ambil dulcolax 2 tablets (nak bagi senang membuang), pukul 6 petang ke atas minum air jernih (air masak, ribena, sirap) n no more solid food. Start puasa pkl 12 tgh malam sampai prosedur OPU habis…
  3. OPU ditetapkan pada 25.8.2014 pukul 930 pagi. Kena masuk wad awal pkl 7 pagi. Kena bawa juga ovidrel dan alohol swab dalam cold container

Kos ivf setakat ni rm 8359.00
Kos OPU nanti rm9349.00
Kos ET rm 1550
Ni xtermasuk kos nursing n warded hospital ye

Lepas siap buat blood test semua terus rush balik ke muar…salah seorang sahabat kami Allahyarham Mohd Ali Bin Md Salim mangsa nahas MH17. Ali sahabat suami masa di Maahad Muar tingkatan 4 dan 5…sama2 jadi pengawas…Ali juga senior saya masa kat sekolah rendah SK Pekan Pagoh..wedding day kami pon dia turun dari Amsterderm…Dengar radio sayu je.sebak…menitik juga air mata…Alhamdulillah sampai rumah pkl 1230 tghri…Jenazah dah sampai. Suami pergi solat jumaat dan dpt juga solat jenazah utk arwah. Mengiringi jenazah ke rumah dan ke tanah perkuburan Kampung Raja..Saya xdpt nak ikut sbb ramai sgt org dan letih yg amat masa tu…tengok kat tv je…tahan2 xmo bagi sedih…xmo bg air mata keluar…tp xmampu nak tahan..menangis juga…


Kepada sahabat..Allahyarham Mohd Ali B. Md Salim, kami mendoakan kesejahteraan dan semoga Allah tempatkan Kau bersama2 dengan org yang soleh. InshaAllah, Kau pergi sebagai syahid kerana perjuanganmu menuntut ilmu jauhnya beribu2 batu..Al fatihah..

wassalam.

13 ulasan:

  1. Asslamualaikum..

    semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt.....amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..dah selesai opu..trima kasih ^^

      Padam
  2. owh...dah hampir dekat dgn OPU n ET... smg Allah permudahkan untuk Noli :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..semuanya brjln lncar..tggu et pulak..inshaAllah..tq st ^^

      Padam
  3. Al-fatihah untuk sahabat Noli..sesungguhnya satu malaysia sebak dengan tragedi mh17..good luck noli..semoga dipermudahkan urusa ivf noli..Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin~
      ;) kita yg bukan ahli keluarganya atau sedara mara pon sebak..jarap keluarga mngsa semua tabah..Alhamdulillah opu bjln lancar..berkat doa kawan2 semua...tggu et pulak ^^

      Padam
  4. salam Noli. 25hb OPU? sama saya la macam tu. agaknya sebelah katil jer kot :) good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semalam yg pakai serba hitam tu awak la eh? Bilik 206-209? Sebelah sy tu ke? Hehe

      Padam
  5. Ya Allah reading this make me miss my IVF procedure so much. The best moment in my life. Treasure this moments dear. May Allah grant you and husband pregnancy or whatever the best for u both. Muchlove

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin amin amin ya rabbal aalamin..terima kasih ummi..berharap sgt Allah dengar doa dan rintihan kami ni..tp ape pon perancangan Allah kami redha..^^

      Padam
  6. Salam Kenal Noly.. Moga semuanya dipermudahkan.. Eyza pun InsyaAllah nak buat IVF, tapi sekarang ni tengah menabung dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan eyza..amin.. terima kasih...menabung biar lebih2 cket tau...seriusly memang bnyk guna duit nak buat ivf espcly kalau kat pantai...^^ gudluk eyza

      Padam
  7. Hai Noli,
    Lama tak drop komen. Rupanya Noli da smpai buat IVF, while akak, hahaha... langsung tak buat any treatment this year. Selamba kan. Lps buat laps ngan Dr Hamid, langsung tk pergi follow up dgn dia (eh, ada skali je lps operation - lps tu.. ptt pergi bulan 12 - lps tu malas. Huhu). Now thn selamba je lah. Walau umur dah masuk 35 dan kawen pun dah 6 thn.

    Oh. Ali tu kawan Noli ya.
    Ali tu juga adik roommate akak masa kat UiTM.
    Kakak Ali tu juga TTC'ian macam kita. 8 tahun menunggu dapat anak. Baru thn ni dapat anak, tp malangnya Ali tak pernah tgk lagi anak sedara dia yg comel tu.

    So, cemna dgn IVF tu.. akak doakan semuanya berjalan lancar. Akak kagum tgk semangat Noli. Serius.

    BalasPadam

Pengikut