Ahad, 22 Jun 2014

IVF selepas raya..InshaAllah

Assalammualaikum..Alhamdulillah sudah beransur sihat. Sudah boleh memasak. Sudah boleh berjalan2…tapi semuanya kena cover2 dan masih lagi ‘berpantang makan’ untuk persediaan IVF nanti. Pada 20hb jumpa semula dgn Dr..cek luka dan Dr buang benang kat area pusat tu..ngilu cket masa dia tarik benang. Dr kata both my tiub tersumbat dan bnyk lekatan..even Dr dah cuba flush bnyak kali, masih juga xboleh terbuka…Dr bnyak bercerita tntg my tiub..yg lain2 macam endometriosis dr dah clearkan, Rahim RU? Yes..nmpaknya Rahim saya RU semula dan dr xda buat apa2 pon..tu bukan masalah utama…oleh kerana tiub sgt bermasalah dan chances utk mengandung secara natural tu memang la sangat2 rendah..maka Dr suggest buat IVF…mulanya dr nak bg lucrin selama 3 cycle..tp sy xnak dan kalau boleh nak teruskan IVF secepat mungkin…maka pada 25/7/2014 dah start dtg appoinmt utk ambil ubat makan which is tat day bersamaan dengan 28 Ramadhan hokey..then proses seterusnya tunggu period dtg dan kemungkinan besar FET nti pada 25, 26 atau 27/8 inshaAllah..ni semua berdasarkan andaian yg dibuat kalau period sy jatuh pd tarikh seperti yg dikira 28 hari…

Kos IVF pula nanti dr anggarkan sebnyak rm 18,000…mahal cket daripada org lain rm 2000..kerana saya perlukan ubat 2 kali ganda drpd org lain…dan IVF ni under pakej lagi iaitu bermula rm 10, 899+++ berbanding rm 13,000+++ kalau xda promosi..Allahuakbar…Allahuakbar…saya xsangka perlu menjalani prosedur IVF ini juga akhirnya…selama ni dengar dan baca pengalaman drpd kawan2 je…keluarga MIL masih xtau lg tentang perkara ni..inshaAllah akan diberitahu waktu terdekat..bagi belah keluarga sy pula semua dah tau..jadi perjumpaan seterusnya pada 25/7…..

Dan…….

Ada yang bertanya kepada saya…memandangkan saya pernah menjalani rawatan dgn Dr Hamid Arhat dan Dr Adilah Ahmat…siapa yang paling bagus, nak pilih siapa ye?
Bagi saya kedua2 Dr ni sangat bagus…ada orang yang berjaya dgn cara DR H, dan ada orang yang conceive dengan cara Dr A..Cuma mereka ada cara yang berbeza dan saya yakin mereka memang pakar…Cara Dr Adilah nampak lebih sistematik dan teliti bermula dari A hinggalah ke Z.. memang bnyk berhabis duit dan masa tapi berpuas hati dgn ujian dan test yg dilakukan… cara Dr H pula dia terus jump to B terus. Xda ujian2 darah tu semua, dia terus proceed dgn laps kalau RU or ada cyst fibroid pcos endo..…jadi terpulang kepada anda nak pilih yang mana…dua2 bagus Cuma cara berbeza!!!

Jadi..........

Sama2 kita mendoakan Dr Hamid, Dr Adilah dan mana2 Dr pakar sakit puan yg kita rujuk utk buat rawatan ni diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang maha luas untuk bantu golongan ttc mcm kita semua ni…InshaAllah…dengan izinMu ya Allah, melalui kepakaran Dr…kami semua TTC dapat rezeki anak yg soleh dan solehah..Amin….

sekian......


16 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan semuanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Tanpa Nama..hehe..siapa ni ye? btw tq sudi jenguk2 blog ni..

      Padam
  2. moga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin...inshaAllah..tq dear ^^...akak pun tau..

      Padam
  3. semoga semua berjalan lancar..Ramadhan ni,doa byk2..insyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sufi..inshaAllah..semoga Allah permudahkan kita semua ye..

      Padam
  4. Semoga usaha Noli diberkati dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya robbal aalamin..^^sy pon doakan utk nuriz juga..inshaAlah

      Padam
  5. Good Luck Noli,sy pun patient doc A,sgt berpuas hati rawatan ngn doc cuma kosnya agak mahallah..sy pun mcm awk,tiub tersumbat n ada endometriosis.doc dh clearkan masa laps taun 2012.Sekarang x tahulah kondisinya mcm mana.apapun all da best ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ieda...skrg ni apa treatment yg awak dah buat ye?

      Padam
    2. sy br lps second ivf ngn doc A bln mei aritu.tp msh blm ada rezki...ada 1 frozen lg tp x tahu bla nk buat fet sbb perlu kumpul duit smula.

      Padam
    3. Subhanallah..sabar ye ieda..inshaAllah..ada rezeki kita xlama lg...

      Padam
  6. InsyaAllah. Semua ade hikmah. Usaha & rayu padaNya. Sy dulu iui di LPPKN, Dr. Ghaffar. Syukur, my first baby boy now almost 3 yo after !st attempt iui. Duit bukan segalanya. Buat kt lebih mnsyukuriNya dan menghargai org2 disekeliling kt. Manisnya sabar itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..duit boleh diusahakan.boleh dicari...inshaAllah s3moga Allah bg kesabaran kpd semua ttcian..

      Padam
  7. Noli,boleh th cmne awak dptkn trikh untk laps? Call ida eh? Pastu dia akn bg trikh atau boleh pilih? Tempoh masa antara book @ dptkn trikh hnga trikh operate lame x?

    BalasPadam
  8. dr adilah yg tetapkan semua...dia akan cek dulu keadaan kita...bukan terus buat laps..^^ sekarang bukan ida lg..pembantu dr adilah skrg kak sharlina ...cuba call dl utk set appoinmnt dgn dr...nti dia akan bgtau mcmna caranya...macm noli, 7, 8 kali jumpa baru dr suggest buat laps tu...appoinmt prtama bln 3..bulan 6 buat laps..

    BalasPadam

Pengikut