Khamis, 10 Oktober 2013

berubat dengan atuk, berurut dengan akak muda~hehe

Assalammualaikum semua…

sesi berubat: 5/10/2013

tajuk gempak x? hehe...hokey2...last entry saya ada bagitau nak share tentang ‘berubat kampung’ yg saya dan suami buat hari sabtu lepas. Kami bertolak selepas solat maghrib menuju ke parit sulong...btw bapa mertua pon nak berubat sekali…kami sampai rumah atuk ni pukul 9 lebih kurang sebab bapak mertua nak singgah solat isyak dulu kat masjid berhampiran. Tat why sampai agak lewat...sampai2 rumah atuk ni tunggu dia nak makan plak…tunggu la sekejap dalam setenggah jam. Lepas makan, kami berbual2 dulu, cerita itu cerita ini,,,jam dah pukul 10 malam…waduh2..atuk ni memang peramah, dia ni bekas imam kampong n umurnya aku rasa dalam 70an..bila imam tu maksudnya lelaki ler..mak n bapak cakap xpe..tujuan untuk berubat…manalah tau kan rezeki, ubat atuk ni mujarab ke…sesi berubat pon bermula…bapa mertua dulu berubat, lama juga..dekat setenggah jam…

selepas tu giliran sy plak…masa turn saya tu semua ada. Mak, bapak, suami n adik ipar pon tengok..atuk ni ubat guna daun sirih dan minyak wangi…atuk ni cucuk2 sapu minyak wangi ni kat tapak kaki..sapuan pertama tu saya dah jerit sakit! Lepas sapu minyak wangi, atuk gosok dengan daun sirih, lepas tu sapu lagi dengan minyak wangi dan gosok lagi dengan daun sirih sampai la daun sirih tu lunyai jadinya.ayat Al-Quran dan doa2 memang xpernah lekang dari mulutnya…Atuk cakap “ada yang menumpang’ kat badan saya, sebab tu saya selalu tak sihat dan pening kepala..btw kepala saya ni ada lekuk kat bahagian tengah,,,tu tandanya saya selalu pening kepala….serammmmmm plak bila atuk ni cakap ‘ada yg menumpang’ kat badan ni….serius seram..lepas sapu n gosok bahagian kaki atuk baca doa lagi…selesai di kaki, beralih ke kepala plak..atuk ni tekan atas kepala dan baca doa, sebaik habis baca2 dia tiup ke telinga 3 kali beserta selawat kiri dan kanan…atuk cakap masa dia tiup tu, dalam telinga ni macam lohong…bunyi nya pon kuat…tu pon salah satu tanda sy selalu sakit kepala…
Selepas tu, bahan2 yang atuk suruh bawa utk dijadikan ubat kesemuanya MIL  yang sediakan…saya datang sehelai sepinggang. Siang tu ada kursus, dan MIL pon xckp apa2 untuk di bawa…I love so much my MIL…kadang2 saya fikir usaha dia lebih hebat dari saya untuk dapatkan zuriat ni…terima kasih banyak2 pd MIL…baiknya dia melayan sy saling tak tumpah macam anakya layan saya (suami sy la tu….hehe..puji memuji)~jangan loya tekakkkkk,,,,hehe
ni bahan2 yang akan di blander...ada 2 set...kena minum 2 kali
kulit kijang yang dikeringkan...yang ni atuk tu yg bagi...
Apa bahan2 tu ea? Bahan2 tu ialah daun kesum, daun jerangau n ubinya sedikit, kunyit hidup, cekur, dan sedikit kulit kijang sebesar ibu jari..kulit kijang????? Haaa..aku pon terkojot sebab kulit kijang yang dah dikeringkan pon boleh jadi ubat….semua bahan ni kena kisar dengan sedikit air, kemudian tapis dalam secawan…air tu saya kena minum beserta dengan doa2 mohon zuriat, selawat, dengan ibu jari kaki kanan diletakkan di atas ibu jari kaki kiri…hampasnya tadi ambil sikit dan letak di pusat…buat selama dua hari selepas saya mandi wajib dan berurut..Atuk ni suruh saya pergi berurut dengan bidan yang betul2 pandai untuk betulkan kedudukan Rahim…lepas berurut tu la saya kena minum air yang di blander tadi..
Atuk ni ada juga bagi air bacaan doa dan minum setiap hari…sesi berubat habis pukul 11.30 malam…

ini hasilnya selepas di blander...tapis n ambil airnya
ini air yang saya kena minum...pahit!!!

sesi berurut: 9/10/2013


semalam (9/10), lepas solat maghrib saya pergi berurut (lps bersih n mndi wajib) seperti yg atuk suruh…muda lagi orangnya tapi memang superb dia urut…menurut cerita suami dia smlm, isteri dia ni ada 4 orang pendamping dan semuanya wali Allah (wallahhua’lam),,2 lelaki dan 2 perempuan…namanya Nur, Muhammad, Aminah dan lagi sorang xingat plak namanya…Alhamdulillah orang yang datang berubat dengan dia termasuk la org yang susah dapat zuriat Berjaya hamil dengan izin Allah...dan macam2 lagi yang kakak ni boleh bantu macam sihir, mahluk halus, pagar rumah, buang saka n urutan badan dan sengkak…akak ni urut satu badan dan di bahagian perut..tapi oleh sebab saya baru je buat operation bulan 4 hari tu,akak ni xterlalu tekan sebab baru lagi..walaupun xtekan kuat tapi rasa sakit gak la bila urut kat perut tu…huhu..sy hanya mampu sebut Allah, Allah Allah je masa tu…tu baru urut biasa..kalau sengkak lagi sakit katanya…


p/s: sebelum balik berubat dengan atuk tu, dia bacakan doa semoga saya dapat zuriat yang soleh dan solehah, dan di aminkan oleh MIL, FIL, suami dan adik ipar…saya tahan sedih…time tu saya rasa teramat sedih sangat…dalam kereta saya menangis..suami tanya kenapa? Sy ckp kat suami, Saya dapat rasakan yg mereka semua kesian kan saya…turut rasa sedih sebab xda rezeki anak lagi.mereka mengharap sebenarnya..tapi saya nak juga mereka tahu yang saya dah berusaha


terbelit2 citer...harap uols faham~chill~

18 ulasan:

  1. Noli, untung dapat parent in law yg memahami :-)

    BalasPadam
  2. Salam..akak boleh saya dapatkan nombor telefon atuk tue..sbb sy pun dah 8 taun mencuba..iui..ivf..tapi mungkin blom rezki..nak try nie plak..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. yukiko_hojuin@yahoo.com thanks ya

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. bole kongsi ngan saya juga? ayu132280@gmail.com

      Padam
    4. assalamualaikum..sis..bole sy dapatkan no telefon atuk tu tak...nurden7486@gmail.com

      Padam
  3. boleh bg kat email saya zulchino@gmail.com

    BalasPadam
  4. Salam..akak boleh saya dapatkan nombor telefon atuk tue..sbb sy pun dah 2 taun mencuba nak try nie plak..tq

    BalasPadam
  5. Salam sis....yg sis berubat ni area parit sulong batu pahat johor ker?leh bg alamat dan no fhne atuk tu.sbb sy pn tgh berusha utk dapat zuriat.emailkan di miss_diera@yahoo.com. terima kasih.

    BalasPadam
  6. Boleh bg no tel atok tu.Email erinzany@yahoo.com.

    BalasPadam
  7. bole share dgn saya no atuk tuh. email sy ianthegiant12@gmail.com. tx

    BalasPadam
  8. Boleh bagi no tel. Dia x?? Email nuar_dzremaja88@yahoo.com

    BalasPadam
  9. Boleh bagi no tel. Dia x?? Email nuar_dzremaja88@yahoo.com

    BalasPadam
  10. salam, boleh bagi contact num@alamat atuk dan utk berurut tu?terima kasih

    BalasPadam
  11. boleh bagi no fon dan alamat atuk ni x.terima kasih..wkt_431@yahoo.com.sg

    BalasPadam
  12. Salam.. boleh tak bagi no tel dan alamat atok tu? emel saya: izzatty86@gmail.com

    BalasPadam

Pengikut