Khamis, 28 Ogos 2014

~OPU 25hb 8, 2014

Assalammualaikum...
Alhamdulillah...sy dah selamat  buat OPU pada 25hb 8, 2014 pukul 1030 pagi..dari muar gerak pukul 3 pagi..slow2 bawa kereta, sampai senawang berhenti jap..suami tidur..pastu gerak dan smpai di phkl pukul 6 pagi...terus lepak di surau..solat dan sempat baca yassin sekejap..pastu pkl 730 pagi admit ward...dr suh sy admit..bukan daycare...sbb takut anything happen nak balik jauh pastu dr suh admit sehari...prosedur OPU pukul 1030..sekejap je xlama..pukul 1115 mcmtu dah siap..mamai je rasa lepas opu..perut masa ni xrasa sakit..xkembung..cuma tekak sakit dan muntah2 masa tu...pukul 6pm baru dapat makan cket...pukul 530 ptg tu dr A ada jenguk2 kat wad.dr bgtau ada 7 telur yg dpt diambil..syukur Alhamdulillah..dr suh datang klinik esoknya nak bgtau pasal ubat seterusnya n et bila...malam tu tidur dgn lena..tp pagi esoknya pas sarapan muntah balik...loya tekak..then rasa ok pas muntah..pukul 12 tgahari discaj..terus ke klinik..xtunggu lama 1230 dah masuk jumpa dr...dr buat tvs...sebenarnya ada bnyak telur tapi bnyak yg belum matang..dr call embriologist dan maklumdaripada 7 yg diambil cuma 4 yg matang...yg 3 lagi x...pon sy masih bersyukur sangat sekurang2nya masih ada harapan utk berdoa telur jadi blastocyst pada hari Et nanti...dr senaraikan ubat2 yg kena beli..bnyak juga yer...total kos utk ubat je masa tu dah rm600++ , kos opu termasuk nursing dan ward rm 10,100..so total kos hartu ialah rm10,700...fiuhhhhhhhh..lap peluh kat dahi hokey...Then terus balik Muar...sampai pukul 3 petang..ET dijangka hari sabtu..oleh sebab lama sngat nak stay check in hotel kat kl ni, kami decide balik muar je..boleh saving cket...

hari selasa malam barulah perut rasa bloated, tekak masih sakit dan pinggang belah kiri sakit sangat..nak jalan sakit, duduk pon sakit..terpaksa la baring je..tidur manjang....sampai la ke hari ini, perut masih bloated, pinggang on off sakit..pening kepala sbb bnyk tidur kot...

sekarang ni cuma ikut apa yg dr suruh buat...update kat dia setiap hari berat badan, ukur lilit pinggang, minum air brpa liter dan berapa liter yg keluar..vomit atau tidak..setakat hari ini tiada masalah..Alhamdulillah xdemam...InshaAllah harap2 sihat la nanti masa nak ET hari sabtu ni 30hb8..

sekian,,wassalam

Sabtu, 23 Ogos 2014

temujanji ivf (19.8 dan 22.8)

Assalammualaikum...

Scan pd 19.8.2014 bersamaan dengan stimulation day 5
Ada 9 biji telur kesemuanya. 4 biji belah kiri dan 5 biji belah kanan. Saiz telur masa ni ada yg 15mm, 13mm, 10mm…endometrium lining 4.75mm…masa ni dr suruh tambah ubat pergoveris lagi 2 kotak..lepas appoinmnt cepat2 ke lppkn amik ubat pergo…kuar lagi duit rm700…

Untuk rekod:
  1. Bermula 20.8.2014 (s6) teruskan cucuk pergo 2 kotak waktu pagi, dan malamnya antara pkl 10-11 malam cucuk orgalutron sampai 23.8.2014.
  2. Datang semula utk scan pada 22.8.2014


Appoinment pd 22.8.2014 bersamaan dgn stimulation day 8
Ada 9 biji telur. 4 biji belah kiri, 5 biji kanan. Saiz telur masa ni dah 19mm (1), 17mm(1), 15mm(2), selebihnya dalam 10mm-13mm. endometrium lining 7.5mm. mungkin sebab dr xpuas hati dgn saiz telur, asalnya dia nak tambah lagi 2 kotak pergo dan 2 kotak orgalutron.. fikir2 balik..xpayah tambah pulak (sweet je time dr fikir) macam cakap sorang2..aku nak mencelah kang kacau pulak dia nak fikir.hahaha…dgn harapan saiz telur tu akan bertmbah pd hari isnin ni nanti. Berdoa banyak2 ye…

Lepas jumpa dr, pergi buat blood test hepatitis B dan Hiv utk suami dan isteri. Dr prescribe ubat fermosten 1 kotak dan dulcolax 2 biji.

Untuk rekod:
  1. Bermula 23.8.2014 ambil suntikan orgalutron waktu pagi pkl 9.30 dan suntikan suprefact (0.5ml je) pukul 10.30 malam. Baki suprefact simpan dalam fridge..23.8 tu sekolah ganti. Ada sukan pulak tu…sebab xberani cucuk sendiri, suami datang sekolah..kiteorg cucuk kat surau..lari kejap dari padang ke surau..pas cucuk baring kejap..baru baring 10 minit, ada call suruh pergi padang…memang sadis betul masa tu...
  2. Pada 24.8.2014 pukul 6 petang ambil dulcolax 2 tablets (nak bagi senang membuang), pukul 6 petang ke atas minum air jernih (air masak, ribena, sirap) n no more solid food. Start puasa pkl 12 tgh malam sampai prosedur OPU habis…
  3. OPU ditetapkan pada 25.8.2014 pukul 930 pagi. Kena masuk wad awal pkl 7 pagi. Kena bawa juga ovidrel dan alohol swab dalam cold container

Kos ivf setakat ni rm 8359.00
Kos OPU nanti rm9349.00
Kos ET rm 1550
Ni xtermasuk kos nursing n warded hospital ye

Lepas siap buat blood test semua terus rush balik ke muar…salah seorang sahabat kami Allahyarham Mohd Ali Bin Md Salim mangsa nahas MH17. Ali sahabat suami masa di Maahad Muar tingkatan 4 dan 5…sama2 jadi pengawas…Ali juga senior saya masa kat sekolah rendah SK Pekan Pagoh..wedding day kami pon dia turun dari Amsterderm…Dengar radio sayu je.sebak…menitik juga air mata…Alhamdulillah sampai rumah pkl 1230 tghri…Jenazah dah sampai. Suami pergi solat jumaat dan dpt juga solat jenazah utk arwah. Mengiringi jenazah ke rumah dan ke tanah perkuburan Kampung Raja..Saya xdpt nak ikut sbb ramai sgt org dan letih yg amat masa tu…tengok kat tv je…tahan2 xmo bagi sedih…xmo bg air mata keluar…tp xmampu nak tahan..menangis juga…


Kepada sahabat..Allahyarham Mohd Ali B. Md Salim, kami mendoakan kesejahteraan dan semoga Allah tempatkan Kau bersama2 dengan org yang soleh. InshaAllah, Kau pergi sebagai syahid kerana perjuanganmu menuntut ilmu jauhnya beribu2 batu..Al fatihah..

wassalam.

Rabu, 13 Ogos 2014

temujanji IVF 12/8/2014

Assalammualaikum...Alhamdulillah..berada di bulan IVF...

pada 12/8/2014 ada appoinmt doc. sepatutnya appoinmnt pada 15hb tapi memandangkan cik p datang awal 2 hari (9hb), mesej doc dan dia suruh datang 12hb pagi. macam biasa doc buat Tvs. dan untuk rekod hari tu:
  1. makan pil progynova sampai 13hb pagi sahaja. lepas tu dah tak perlu makan lagi.
  2. start stimulation pada 15hb 8. cucuk progyveris 2 kotak sehari pada pukul 6-8 pagi...sy nak cucuk pukul 6.15...senang kan solat subuh terus cucuk. takut tertido plak...
  3. next appoinmnt pada 19hb 8
  4. rush ke lppkn beli ubat. harga ubat ialah RM 6595.00...kalau ada pertambahan ubat progyveris 4 kotak selepas app 19hb tu, maka bertambah la lagi ongkosnya.. 4 kotak x RM350 = rm1400
  5. teruskan makan vitamin D, multivitamin dan asid folik...dan doc ingatkan jangan ambil suplement lain yang dia tak suruh...ok baikkkk...sy yg menurut perintah..

ya Allah...permudahkan lah ya Allah urusan kami sepanjang bulan IVF ini.

Selasa, 5 Ogos 2014

~IVF bulan ini...

Assalamualaikum...selamat hari raya semua...

Berdebar rasanya utk hadapi hari-hari yang mendatang…setiap hari tgk kalendar, buat kira2 sendiri dah macam doktor lagaknya sejak kami decide nak buat IVF bulan ni…InshaAllah.
Hari ini mc lagi..lagi-lagi mc..xpasti perjumpaan ni utk apa sebenarnya..macam biasa dr buat tvs dan harini dr xda prescribe ubat..Cuma Dr bagi list ubat yg perlu dibeli. Actly appoinmnt sebelum ni lagi (pd 25hb 7) dr dah bagi list ubat tu, tapi hari ni dia bg lagi….haha…dr mood raya lagik ni…macam xsedia nak p kerja…

harini juga hubby buat sperm test..xpasti resultnya mcmna sebab dia br baik demam..demamnya plak on off on off…Alhamdulillah harini nmpak sihat cket dan dpt keluarkan sperm walaupun mcm cket..mungkin juga sebab dia penat, drive dari Muar, pukul 4.30 pagi dah gerak…mengantuk dan stress nak kluarkan sperm..haha..depan dr A boleh plak dia tertidur…xleh nak cover betul la…

jadi untuk rekod:
  1. Teruskan makan ubat progynova 2 biji sehari, makan waktu pagi dan malam (12jam-12jam) hingga 15hb 8, 2014
  2. Habiskan antibiotik, 3 biji sehari (8jam-8jam-8jam)
  3. Teruskan juga makan multivitamin, asid folic, dan vitamin D setiap hari (sangat penting)
  4. Mesej Dr pada hari pertama period (dijangka pd 12 @ 13 @ 14hb, 8)
  5. Next appoinmnt pd 15hb, 8 waktu pagi. Mungkin lepas appoinmnt ni terus g beli ubat.
  6. OPU dijangka pd 27hb, 8 dan ET pula 5 hari selepas itu (ni kalau xda apa2 masalah dan jika xda tambahan ubat, kalau perlu tambahan ubat, OPU n ET akan dianjak)
  7. Dr akan bagi cuti bermula sehari sebelum OPU sehingga ET dan terus cuti selama 3 minggu. (sambung cuti lagi sebab cuti sekolah pd 12hb 9, 2014)…kemungkinan besar akan warded selepas OPU)
  8. conclusion...period 12hb 8, OPU 27hb 8, ET 1/9

Alhamdulillah…mak ayah, dan mertua sudah diberitahu tentang rancangan kami nak buat IVF ni..mereka mendoakan dan sokong apa yg kami usahakan…mak dan ayah sy sanggup tolong dahulukan $$$ memandangkan kami kekurangan duit utk tampung perbelanjaan Kos IVF yg sedia maklum sangatlah mahal..duit simpanan kami pon dah habis utk laparoscopic bulan 6 haritu (rm15k)…nak kumpul duit rm 18k dalam tempoh sebulan mustahil sangat...memikirkan xnak tangguh2 dan lebih elok rasanya lepas laps terus buat IVF nak bg % berjaya tu tinggi (inshaAllah dengan izin-Nya) kami teruskan IVF bulan 8 ni…

respon mak mertua pula lain…selalunya mak n ayah mertua berpuasa…pada hari OPU dan ET nanti sy yakin mereka akan berpuasa, sembahyang malam, berdoa utk kami…sanggup jaga saya slps ET kat umah, jaga makan minum di rumah kami...MasyaAllah…terharu bila sy dengar semua ni…betapa mereka sayangkan saya dan mahukan IVF ni berjalan lancar dan berjaya…

pada awalnya kami nak tangguh dulu dan buat IVF pada bulan 11…sekurang2nya dapat kumpul duit lebih cket, kerja kat sekolah pon banyak, bulan 8 sampai bln 11 sebelum cuti sekolah sibuk dengan peperiksaan, turun naik tangga sekolah dan nak mengajar nti takut bg kesan lps IVF…TAPI…fikir-fikir balik, kami tekad juga nak buat bulan ini…bukannya xsabar…bukannya gopoh…tapi saya xnak sia-siakan masa yg ada dengan tidak usaha..sy xnak hipokrit dengan diri sendiri…orang kata untunglah xda anak, senang nak berjalan ke sana sini, xyah pening2 kepala nak uruskan anak..atau balik kerja  n cuti boleh rehat puas2…TIDAK…sy xnak hipokrit..sy jeles sebenarnya tgk orang lain sibuk dan penat uruskan anak2…seronok layan anak, kalau penat kerja, balik rumah ada anak sy akan rasa puas dan seronok…rasa kosong dan sunyi rumah tanpa kehadiran anak…

Rabbi yassir wala tu assir, 
Rabbi tammim bil khoir"
Ya Allah permudahkanlah segala urusan, 
janganlah engkau persulitkannya. 
Sempurnakanlah dengan kebaikan~ Amin

sekian...wassalam



Pengikut